Wednesday, 19 November 2014

CONTOH AZAM TAHUN BARU 2015

Contoh Azam yang boleh diikuti:-

Ibadah

1.  Solat Sunat Dhuha setiap pagi.
2.  Solat Witir sebelum tidur.
3.  Selawat 100x setiap pagi dan petang.
4.  Istighfar 100x setiap pagi dan petang.
5.  Puasa sunat pada hari Isnin, Khamis dan hari yang disunatkan.
6.  Membaca Al-quran.
7.  Sentiasa bermuhasabah diri.

Kesihatan

1.  Berjalan kaki 1000 langkah setiap pagi atau petang.
2.  Makan nsi tengahari dan malam sepinggan sahaja.
3.  Tidur jam 10 malam setiap hari dan bangun jam 5 pagi.
4.  Makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
5.  Minum air suam 8 gelas sehari.

Ilmu

1.  Membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap bulan.
2.  Mengikuti kuliah agama sekurang-kurangnya 1x seminggu di surau/masjid.  Tak sempat
     sebulan sekali atau dengar menerusi internet.
3.  Bertemu dengan kawan yang berilmu.
4.  Mengurangkan media sosial yang tidak berfaedah seperti sembang kosong dan sebagainya.
5.  Membaca Tafsir Al-quran, kitab hadis dan Sirah Nabi.

Ekonomi

1.  Simpan RM50 sebulan atau lebuh mengikut kemampuan.
2.  Tidak terpengaruh dengan jualan murah.
3.  Membeli hanya keperluan dan bukan kehendak.
4.  Menabung untuk bercuti.
5.  Bersedekah.