Friday, 9 January 2015

MERAYAKAN KEDATANGAN HARI JUMAAT

ADAB MERAYAKAN' KEDATANGAN HARI JUMAAT
Adab 1
Bersedia untuk memasuki hari Jumaat mulai hari Khamis lagi, dengan membasuh pakaian dan membanyakkan bertasbih dan beristighfar pada petang Khamis itu.
Adab 2
Sunat berpuasa, dengan syarat didahului dengan puasa pada hari Khamis atau diikuti dengan puasa hari Sabtu.
Adab 3
Sunat mandi antara terbit fajar hingga waktu mahu keluar mengerjakan sembahyang Jumaat. Mandi sewaktu mahu keluar ke masjid lebih afdal.
Adab 4
Sunat memakai pakaian berwarna putih.
Adab 5
Sunat memakai bau-bauan seperti kasturi.
Adab 6
Membersihkan badan daripada kotoran, daki dan bau busuk, mencukur bulu ari-ari, mengandam misai, mengerat kuku, bersugi dan mencabut bulu ketiak.
Adab 7
Sunat berpagi-pagi pergi ke masjid dengan berjalan kaki. Sambil melangkah, datangkan ingatan kepada Allah, berzikir, membaca al-Quran dan berselawat.
~ Sumber: Diringkaskan daripada adab-adab hari Jumaat dalam kitab Hidayatus Salikin/ Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam/ Galeri Ilmu Sdn Bhd 2014

No comments:

Post a Comment