Friday, 16 January 2015

TIPS & DOA DARI AL-QURAN

TIPS DAN DOA DARI AL-QURAN

1.  Surah Al-Baqarah, Ayat 102
     Doa untuk elak suami atau isteri bergaduh.

2.  Surah Al-Anbiyaa', Ayat 79
     Doa untuk anak-anak pandai dan rajin belajar.

3.  Surah Al-Anbiyaa', Ayat 69
     Surah Al-Hasyr, Ayat 22-24
     Doa untuk anak-anak lembut hati dan mengelakan panas baran.

4.  Surah Toha, Ayat 1-5
     Doa untuk anak-anak yang malas sekolah atau belajar.

5.  Surah Toha, Ayat 39
     Doa untuk suami atau isteri tidak curang.

6.  Surah Taubah, Ayat Akhir
     Doa untuk pendinding diri.

SOLAT DHUHA



SOLAT DHUHA
Menarik bantuan Allah s.w.t

Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita mengerjakan
[sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat fardu dzuhur]

PERTAMA
Dosa akan terampun

Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt.
“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”
(HR Tarmidzi)

KEDUA
Orang Bertaubat

Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt.
“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”
(HR Hakim)

KETIGA
Dicatatkan sebagai Orang yang Taat

Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah swt.
“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.
Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.
Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.
Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.
Barangsiapa yang mengerjakannya dua belas rakaat, maka Allah akan membangunkan sebuah rumah di syurga untuknya."
(HR At-Thabrani)

KEEMPAT
Masuk Syurga dari pintu khas
Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha, kelak ia akan masuk syurga lewat pintu khusus, iaitu pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah swt.
“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,
"Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”
(HR At-Thabrani)

KELIMA
Rezeki Mencukupi

Allah swt mencukupkan rezekinya.
“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.”
(HR Abu Darda)


KEENAM
Sudah Bersedekah

Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah.
“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi.
Sebab setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah.
Sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat shalat Dhuha."
(HR Muslim)



Selain keutamaan yang sudah disebutkan di atas, masih ada keutamaan lainnya yang sayang untuk dilepaskan begitu saja.
Iaitu dengan mengerjakan solat Dhuha ada pahala besar berupa pahala seperti orang yang mengerjakan Haji dan Umrah yang diterima oleh Allah.

Sunday, 11 January 2015

GRED SOLAT

5 GRED SOLAT
Gred E
Bila azan,buat tidak TAHU, tengah memasak terus memasak ,tengah berfb,  terus berfb, sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya.
Gred D
Bila azan berkumandang, dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk solat.
Gred C
Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat.
Gred B
Bila azan, terus berwudhu' dan menuju ke masjid mahupun surau.
Gred A
Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu', dan bersedia untuk solat.
APAKAH GRED SOLAT KITA
Jom muhasabah⏰⌚
Sharing info ...  Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."
Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun Daripada Sepotong Ayatku 
Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah "

7 KALIMAT YANG HARUS DIBIASAKAN ...
1.  Bismillahirrahmannirrahim 
           Setiap hendak melakukan sesuatu. 
2.  Alhamdulilah
          Setiap habis melakukan sesuatu. 
3.  Astagafirullah
          Jika melakukan sesuatu yg buruk. 
4.  InsyaAllah
          Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg. 
5.  Laa hawla walaaquwwata illaah billaah
           Bila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.
6.  Innalillahi wainna ilaihi rojiun
          Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khabar kematian. 
7.  Lailaha illallah
          Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya

Saturday, 10 January 2015

JANGAN SUKA TUNDA

TAZKIRAH

Jika kita suka menunda SOLAT kita, bererti kita menunda keperluan kita sendiri.  Kerana Allah juga menunda rezeki kita, menunda terkabulnya doa-doa kita, menunda datangnya jodoh kita TETAPI Allah tidak akan menunda datangnya KEMATIAN..

Friday, 9 January 2015

Salasilah Nabi/Rasul

Salasilah 25 Rasul yang Wajib diketahui.
1. Nabi Adam Alaihissalaam.
Asal keturunan semua manusia. Isterinya bernama Hawa yang dicipta daripada tulang rusuk baginda. Mulanya tinggal di Syurga, kemudian Allah swt turunkan mereka ke Dunia.
2. Nabi Idris Alaihissalaam.
Penduduk Babil Iraq, terima 30 suhuf untuk umatnya keturunan Qabil. Orang pertama pandai menulis, membaca, ilmu falak dan jahit menjahit.
3. Nabi Nuh Alaihissalaam.
Allah utus baginda ke negeri Arminia. Allah swt telah menurunkan bala dengan banjir besar kepada kaumnya yang ingkar. Baginda digelar’ Najiyullah.
4. Nabi Hud Alaihissalaam.
Berketurunan Sam bin Nuh. Diutuskan kepada kaum ‘Ad di utara Hadhra Maut, Yaman. Allah swt membinasakan kaumnya yang ingkar dengan angin kencang yang sangat sejuk 8 hari 7 malam.
5. Nabi Soleh Alaihissalaam.
Berketurunan Sam bin Nuh daripada generasi ke 6. Diutuskan kepada kaum Thamut, di antara Hijaz dan Syam. Allah memusnahkan kaumnya yang ingkar dengan pekikan suara yang kuat dari langit.
6. Nabi Ibrahim Alaihissalaam.
Juga berketurunan Sam bin Nuh. Dilahirkan di Musol, Iraq ketika pemerintahan raja Namrud. Di gelar dengan ‘Khalilullah’. Seorang yang bijak dan berfikir.
7. Nabi Luth Alaihissalaam
Anak saudara Nabi Ibrahim Alaihissalaam. Diutuskan kepada penduduk negeri Sadum (Laut Mati, Jordan). Allah swt menurunkan bala kepada penduduk yang derhaka dengan menurunkan hujan batu yang membinasakan mereka.
8. Nabi Ismail Alaihissalaam.
Putera nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan Hajar. Baginda dan ibunya orang pertama yang mendiami Mekah. Baginda membantu bapanya membina ka’bah. Digelar sebagai ‘Zabhihullah’.
9. Nabi Ishak Alaihissalaam.
Putera Nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan Sarah. Daripadanya lahir berketurunan Bani Israel. Dimakamkan di Hibrun, Palestin.
10. Nabi Ya’kub Alaihissalaam.
Putera Nabi Ishak Alaihissalaam. Juga dikenali dengan nama Israil (hamba Allah). Diutuskan kepada penduduk negeri Kan’an. Dikurniakan 12 orang anak lelaki, antaranya ialah Nabi Yusuf Alaihissalaam. Dimakamkan di Hibrun bersebelah bapanya.
11. Nabi Yusuf Alaihissalaam.
Putera Nabi Ya’kub Alaihissalaam yang paling disayangi. Seorang yang sabar, tabah, pemaaf, penyayang, dan sangat menghormati orang tuanya. Keistimewaannya ialah sangat kacak, pandai mentadbir mimpi dan bijaksana.
12. Nabi Ayub Alaihissalaam.
Keturunan nabi Ishak Alaihissalaam. Di kurniakan harta yang banyak dan anak yang ramai. Seorang yang bertaqwa dan suka membantu. Diuji dengan kemusnahan harta, kematian anak dan mengidap penyakit yang berat bertahun-tahun. Baginda sabar dan mempunyai iman yang teguh.
13. Nabi Zulkifli Alaihissalaam
Putera Nabi Ayub Alaihissalaam. Seorang nabi dan raja kepada penduduk di Dmsyik dan sekitarnya. Asal nama baginda ialah Bashar, dan maksud Zulkifli ialah bersanggupan kerana baginda banyak berpuasa di siang hari dan beribadat pada waktu malam.
14. Nabi Syuib Alaihissalaam
Berketurunan Nabi Luth Alaihissalaam. Diutuskan ke negeri Madyan, Jordan. Kaumnya mengamalkan sikap mengurangkan timbangan dan sukatan dalam jual beli. Allah binasakan mereka dengan gempa bumi dan petir yang sangat dasyat.
15. Nabi Musa Alaihissalaam
Keturunan Nabi Ya’kub Alaihissalaam. Putera Imran, saudara Nabi Harun. Dipelihara oleh Asiah isteri Firaun. Firaun menentang dakwah Nabi Musa akibatnya mati lemas tenggelam dalam Laut Merah.
16. Nabi Harun Alaihissalaam
Saudara Nabi Musa Alaihissalaam. Seorang yang fasih berbicara merupakan teman dakwah Nabi Musa.
17. Nabi Daud Alaihissalaam
Berketurunan Nabi Ishak. Baginda memiliki suara yang merdu, dan boleh melembutkan besi dengan tangan. Seorang yang kuat beribadat, raja yang adil dan bijaksana. Telah membina kota BaitulMaqdis bersama-sam puteranya Nabi Sulaiman
18. Nabi Sulaiman Alaihissalaam
Putera Nabi Daud. Seorang rasul dan raja yang bijaksana. Keistimewaan baginda ialah boleh memahami bahasa binatang, boleh memerintah angin dan jin. Berjaya mengislamkan ratu Balqis, kemudian berkahwin dengannya.
19. Nabi Ilyas Alaihissalaam
Keturunan Nabi Harun. Diutuskan kepada Bani Israel yang ketika itu menyembah berhala, Ba’l. Baginda berdakwah kepada mereka, tetapi gagal. Allah menurunkan bala dengan kemarau selama 3 tahun.
20. Nabi Ilyasa’ Alaihissalaam
Anak angkat Nabi Ilyas. Diutuskan kepada Bani Israel. Baginda berjaya didalam dakwahnya. Tetapi setelah baginda meninggal, Bani Israel kembali kufur. Allah menurunkan bala dengan melenyapkan segala kesenangan yang dinikmati.
21. Nabi Yunus Alaihissalaam
Diutuskan kepada kaum yang menyembah berhala di Ninawa, Iraq. Apabila mereka enggan menerima dakwahnya, baginda meninggalkan mereka dan menumpang sebuah kapal. Kapal tersebut mengalami masalah, dan baginda terpilih untuk dibuang ke dalam laut bagi mengatasi masalah kapal tersebut daripada karam. Baginda di telan ikan nun (paus).
22. Nabi Zakaria Alaihissalaam
Keturunan Nabi Sulaiman. Diutuskan kepada Bani Israel, Palestin. Baginda sentiasa berdoa supaya dikurniakan zuriat. Pada usianya 100 tahun dan isterinya mandul, baginda dikurniakan anak yang dinamakan Yahya (hidup). Baginda juga telah membesar Maryam, ibu Nabi Isa.
23. Nabi Yahya Alaihissalaam
Putera Nabi Zakaria. Dikurniakan kepada baginda ilmu yang luas sejak kecil. Seorang yang bertaqwa, berbudi bahasa, rajin, dan tidak sombong. Mati syahid dibunuh oleh raja yang kejam demi mempertahankan hukum Allah.
24. Nabi Isa Alaihissalaam
Putera Maryam bt. Imran. Jibril telah meniupkan ruh suci ke dalam rahim ibunya. Baginda boleh bercakap ketika masih bayi. Diutuskan kepada Bani Israel, dan diberikan kitab Injil. Bani Israel yang ingkar dengan dakwahnya cuba untuk membunuh baginda, namun Allah mengangkatnya ke langit dan akan turun ke bumi untuk menegakkan kebenaran.
25. Nabi Muhammad S.A.W.
Berketurunan Bani Ismail. Dilahirkan di kota Mekah. Di gelar ‘al-Amin’. Dilantik sebagai rasul ketika berusia 40 tahun. Merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Baginda menerima ujian yang dasyat daripada kaum Musyrikin Mekah. Baginda wafat di kota Madinah.
Lima Nabi / Rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi disebabkan oleh tentangan dan ujian yang diterima lebih hebat berbanding nabi-nabi lain dalam menyampaikan agama Allah ialah:
1. Nuh Alaihissalaam
2. Ibrahim Alaihissalaam
3. Musa Alaihissalaam
4. Isa Alaihissalaam
5. Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI
1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala
Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)
2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul
Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha
illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Membaca Surat Al-IKHLA S:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)
5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)
6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)
Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.
Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.
YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....

MERAYAKAN KEDATANGAN HARI JUMAAT

ADAB MERAYAKAN' KEDATANGAN HARI JUMAAT
Adab 1
Bersedia untuk memasuki hari Jumaat mulai hari Khamis lagi, dengan membasuh pakaian dan membanyakkan bertasbih dan beristighfar pada petang Khamis itu.
Adab 2
Sunat berpuasa, dengan syarat didahului dengan puasa pada hari Khamis atau diikuti dengan puasa hari Sabtu.
Adab 3
Sunat mandi antara terbit fajar hingga waktu mahu keluar mengerjakan sembahyang Jumaat. Mandi sewaktu mahu keluar ke masjid lebih afdal.
Adab 4
Sunat memakai pakaian berwarna putih.
Adab 5
Sunat memakai bau-bauan seperti kasturi.
Adab 6
Membersihkan badan daripada kotoran, daki dan bau busuk, mencukur bulu ari-ari, mengandam misai, mengerat kuku, bersugi dan mencabut bulu ketiak.
Adab 7
Sunat berpagi-pagi pergi ke masjid dengan berjalan kaki. Sambil melangkah, datangkan ingatan kepada Allah, berzikir, membaca al-Quran dan berselawat.
~ Sumber: Diringkaskan daripada adab-adab hari Jumaat dalam kitab Hidayatus Salikin/ Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam/ Galeri Ilmu Sdn Bhd 2014

Thursday, 8 January 2015

Resipi Chocolate Chips & Nuts Bar

Chocolate Chips & Nut Bars

Bahan-bahannya :

1.  310 gram tepung gandum
2.  2 1/2 sudu kecil baking powder
3.  250 gram butter
4.  300 gram gula perang
5.  1 cawan chocolate chips/badam
6.  3 biji telur gred B
7.  1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya :

1.  Pukul gula perang dan butter,
2.  Masukan telur.
3.  Masukan esen vanilla.
4.  Masukkan tepung gandum yang dicampurkan dengan baking powder.
5.  Masukan chocolate chips dan kaup balikan adunan.
6.  Masukan ke dalam loyang dan mampatkan (loyang saiz 10 x 10),
7.  Loyang disapukan dengan butter dan alas dengan kertas minyak.
8.  Bakar pada suhu 180 celcius, selama 30 minit.

Khasiat Minyak Kelapa Dara

MINYAK KELAPA DARA

Khasiat dan Manfaat

Minyak kelapa dara memiliki banyak manfaat kesihatan seperti untuk rawatan rambut, rawatan kulit, mengawal kolesterol, menurunkan berat badan, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, pencernaan dan metabolisma, mencegah masalah buah pinggang, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis atau diabetes, HIV dan kanser, Penjagaan gigi dan kekuatan tulang. Manfaat Minyak kelapa dara dikaitkan dengan kewujudan asid laurik, asid capric dan asid caprylic, dan ia memiliki sifat-sifat seperti antimikrob, antioksidan, antikulat, antibakteria.

Bagaimana Asid laurik berfungsi didalam tubuh kita?

Tubuh manusia mengubah asid laurik menjadi monolaurin yang diperlukan untuk membantu mencegah virus dan bakteria yang menyebabkan penyakit seperti herpes, influenza, cytomegalovirus, dan termasuk HIV. Ia membantu dalam memerangi bakteria berbahaya seperti listeria monocytogenes dan pylori heliobacter, dan protozoa berbahaya seperti giardia lamblia. hasilnya Minyak kelapa dara memberikan berbagai manfaat untuk kesihatan, walaupun fungsinya secara tepat tidak diketahui, ia telah banyak digunakan dalam Ayurveda, kaedah perubatan tradisional India.

Sebelum kita mengetahui manfaat Minyak kelapa dara secara terperinci, marilah kita memahami kandungannya.

Minyak Kelapa Dara : Minyak kelapa dara terdiri daripada sembilan puluh peratus lemak tepu.

Asid Lemak tepu: Kebanyakan dari lemak tepu adalah Medium Chain Trigliserida (MCT). Asid laurik merupakan kandungan utama dimana ianya adalah empat puluh peratus, diikuti oleh Asid kaprat, asid kaprilat, dan miristat asid palmitat.

 Asid Lemak poli tak tepu: Asid Linoleic.

 Asid Lemak tak tepu tunggal: Asid oleik.

Beberapa terbitan asid lemak seperti Betaines, Ethanolamide, Ethoxylates, Fatty Ester, Fatty Polysorbates, haiwan dan polyol Ester.

Lemak klorida, Fatty Fatty Alkohol sulfat dan Alkohol Eter sulfat, yang semuanya adalah turunan dari Fatty Alkohol.

Vitamin- E dan vitamin K dan mineral seperti zat Besi.


Kelebihan dan Khasiat MINYAK KELAPA DARA :

Mengurangkan risiko penyakit jantung

Merangsang metabolisme

Menyokong fungsi tiroid

Membantu anda menurunkan dan mengekalkan berat badan yang ideal

Membunuh Virus, bakteria, kulat dan protozoa

Memiliki sifat antioksidan semulajadi

Tidak membebankan organ pankrease

Lemak tepu rantai sederhana. (MCFA – mudah dihadham)

Sudah mula dihadhamkan dengan hanya enzim saliva dan diperut (sangat baik untuk mereka yang ada gangguan pencernaan, masalah metabolik, bayi pramatang yang sistem tubuhnya kurang berkembang.

Dihantar terus ke hati untuk menghasilkan tenaga maksima.

Menghasilkan tenaga segera dengan cepat. Ia boleh melalui sel membran mitochondria tanpa perlu bantuan enzim.

Sel jadi cekap dan efisien.

Bertindak menghalang pembentukan radikal bebas.

Diproses secara organik. Tidak terhasil trans fatty asid beracun yang merosakkan sistem tubuh.

Tiada LDL kolesterol.

Mengandungi antara 45 – 55 % lauric asid.

Bersifat antivirus, antibakteria, antifungus, anti protozoa.

Pada kulit, bertindak sebagai perisai tambahan terhadap bahaya sinaran ultra violet (UV) (keremajaan kulit lebih lama) dan penghalang infeksi kuman (mengelakkan jangkitan penyakit kulit) disamping mempercepat pembentukan sel baru(keanjalan dan kelembutan kulit lebih ketara.

Bertindak sebagai anti kanser dan anti histamine (mengelakkan alahan)

Meningkatkan metabolisma. (Sel punya lebih tenaga, menjadikan ia lebih cekap dan efisien)

Meningkatkan daya tahan (endurance)

Memperbaiki pencernaan. (tidak akan cepat lapar, tidak perlu makan banyak dan berat badan terkawal secara semula jadi).

Mempermudah pencernaan mineral dan vitamin (baik untuk warga tua.

Masalah Resdung

Minyak kelapa dara adalah pembasmi kuman semulajadi. Dalam tahun 1966, seorang professor farmakologi dan penyelidik di Universiti Michigan telah menemui sifat anti virus dan anti bakteria sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting Minyak kelapa dara. Sejak dari itu lemak tepu aktif ini telah dikenalpasti bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. Sifat pembasmi kuman ini telah menjadikan Minyak kelapa dara satu bahan berkesan untuk menentang penyakit disebabkan oleh kuman seperti resdung.

Masalah Tiroid

Minyak kelapa boleh membantu mereka yang mengalami penyakit tiroid. Tidak kira samada ia mengidap hipertiroidisme atau hipotiroidisme. Dalam kedua-dua kes minyak kelapa dapat memberi bermanfaat untuk masalah tiroid. Minyak kelapa dara dapat merangsang fungsi tiroid dan mempunyai pelbagai sifat antiseptik. Minyak kelapa dara juga berkemampuan untuk merangsang metabolisma.

Penjagaan Rambut

Minyak kelapa merupakan salah satu nutrisi semulajadi terbaik untuk rambut. Ia membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat memberikan mereka kulit berkilau. Urutan kepala dengan minyak kelapa dara memastikan bahawa kulit kepala bebas dari kelimumur, kutu, dan telur kutu, bahkan jika kulit kepala anda kering.

Minyak kelapa dara banyak digunakan di benua India untuk rawatan rambut. Ia merupakan penyejuk yang sangat baik dan membantu dalam pertumbuhan semula rambut yang rosak. Ini juga berkhasiat dan menyediakan protein penting yang diperlukan untuk rambut rosak. Oleh kerana itu digunakan sebagai minyak rambut dan digunakan untuk membuat pelbagai penyejuk dan krim mencegah kelimumur. Minyak kelapa dara disapu untuk rawatan rambut.

Penjagaan Kulit

Minyak kelapa dara amat baik untuk digunakan sebagai minyak urut dan pelembab kulit. Ia bertindak sebagai pelembab yang berkesan pada semua jenis kulit termasuk kulit kering. Manfaat minyak kelapa pada kulit adalah setanding dengan krim pelembab. Malah ia jauh lebih baik daripada krim pelembab kerana ia diserap kedalam kulit, tidak ada kesan samping pada kulit dengan penggunaan Minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara membantu mengelakkan kulit menjadi kering dan mengelupas. Hal ini juga melambatkan proses penuaan dan berkurangnya keanjalan kulit yang biasanya menjadi kendur seiring dengan usia. Minyak kelapa juga membantu dalam merawat pelbagai masalah kulit termasuk psoriasis, dermatitis, eksim dan lain-lain jangkitan kulit. Oleh kerana itu minyak kelapa bentuk bahan dasar berbagai perawatan tubuh produk-produk seperti sabun, lotion, krim, dll, digunakan untuk rawatan kulit.

Melewatkan proses Penuaan

Minyak kelapa membantu dalam melewatkan proses penuaan awal dan penyakit degeneratif kerana sifat antioksidan semulajadi.

Penyakit Jantung

Ada salah faham yang tersebar di antara orang ramai bahawa minyak kelapa tidak baik untuk jantung. Ini kerana ia mengandungi sejumlah besar lemak tepu. Sebenarnya, Minyak kelapa dara memberi kebaikan untuk jantung. Ia mengandungi asid laurik sekitar 50% hingga 70%, yang boleh membantu dalam mencegah pelbagai masalah jantung termasuk kadar kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi. Lemak tepu yang terkandung di dalam Minyak kelapa dara tidak berbahaya seperti dalam minyak sayuran lain. Itu tidak menyebabkan peningkatan kadar LDL. Ia dapat mengurangkan timbulnya kecederaan di arteri dan membantu mencegah aterosklerosis.

Masalah Berat Badan

Minyak kelapa dara dapat membantu mengurangkan berat badann. Mengandungi asid lemak rantai sederhana yang membantu mengawal berat badan yang berlebihan. Minyak kelapa dara lebih mudah dicerna dan membantu masalah tiroid dan sistem enzim atau penghadaman. Seterusnya, meningkatkan metabolisma tubuh dengan menghilangkan tekanan pada pancreases, membantu pembakaran lemak untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dan membantu orang yang gemuk dan kelebihan berat badan dan membantu mengurangkan berat badan mereka. Itulah sebabnya, orang-orang yang tinggal di daerah pantai tropika, yang menjadikan minyak kelapa sebagai sumber makanan utama mereka, biasanya tidak mengalami masalah berat badan, obesiti atau kegemukan.

Untuk Pencernaan

Minyak kelapa dara membantu dalam proses sistem pencernaan dan dapat membantu mengelakkan masalah didalam sistem pencernaan seperti sindrom kerengsaan usus besar. Lemak tepu dalam Minyak kelapa dara memiliki sifat anti mikrob dan membantu dalam menangani pelbagai bakteria, kulat, parasit dan lain-lain, yang menyebabkan gangguan didalam sistem pencernaan. Minyak kelapa dara juga dapat membantu penyerapan zat-zat lain seperti vitamin, mineral dan asid amino.

Sistem imun atau Kekebalan tubuh

Minyak kelapa amat baik untuk sistem kekebalan tubuh. Membantu memperkuat sistem kekebalan tubuh kerana ia mengandungi lipid antimikrobial, asid laurik, asid kaprat dan asid kaprilat yang antikulat, memiliki sifat anti bakteria dan antivirus yang kuat. Tubuh manusia mengubah asid laurik menjadi monolaurin yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu dalam menghadapi virus dan bakteria yang menyebabkan penyakit seperti herpes, influenza, cytomegalovirus, dan bahkan HIV. Ia membantu dalam memerangi bakteria berbahaya seperti listeria monocytogenes dan pylori heliobacter, dan protozoa berbahaya seperti giardia lamblia.

Penyembuhan secara semulajadi

Jika diamalkan oleh mereka yang menghadapi masalah kesihatan, membentuk lapisan kimia yang melindungi tubuh daripada jangkitan yang disebabkan oleh debu, kulat, bakteria dan virus yang tidak diperlukan oleh tubuh. Minyak kelapa dara yang paling berkesan pada luka kerana mempercepatkan proses penyembuhan dengan memperbaiki rangkaian yang rosak.

Masalah Jangkitan

minyak kelapa sangat efektif melawan pelbagai jangkitan kerana sifat-sifatnya antikulat, antivirus, dan antibakteria. Menurut sebuah Pusat Penyelidikan , Minyak kelapa membunuh virus yang menyebabkan influenza, campak, hepatitis, herpes, SARS, dll juga boleh membunuh bakteria yang menyebabkan sakit telinga, infeksi kerongkong, jangkitan saluran kencing, pneumonia, dan gonore. Minyak kelapa dara juga berkesan dalam mencegah kulat dan ragi yang menyebabkan candida, jangkitan kulat kronik, ruam lampin.

Mencegah masalah Hati

Kehadiran trigliserida rantaian sederhana dan asid lemak membantu dalam mencegah penyakit hati kerana zat yang mudah diubah menjadi tenaga apabila ia sampai ke hati, sehingga dapat mengurangkan bebanan pada hati dan juga mencegah penyimpanan lemak.

Kencing Manis atau Diabetes

Minyak kelapa membantu dalam mengawal kadungan gula dalam darah, dan meningkatkan penghasilan insulin. Ini dapat membantu dalam penggunaan glukos didalam darah dengan lebih berkesan, sehingga mencegah dan mengubati masalah kencing manis atau diabetes.

Untuk Tulang

Seperti disebutkan sebelumnya, minyak kelapa meningkatkan kemampuan tubuh kita untuk menyerap mineral penting. Ini termasuk kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk menguatkan tulang. Dengan itu minyak kelapa dara membantu wanita yang terdedah kepada osteoporosis semasa mengalami proses monopos.

Penjagaan Gigi

Kalsium adalah unsur terpenting dalam gigi. Minyak kelapa dara dapat membantu memudahkan penyerapan kalsium oleh tubuh, membantu dalam mendapatkan gigi yang kuat. Minyak kelapa dapat membantu masalah kerosakan gigi.

Untuk Kesihatan

Minyak kelapa dara sering digunakan oleh para atlit untuk menguatkan tubuh dan mereka yang sedang mengamalkan diet. Ini kerana Minyak kelapa dara mengandungi kalori yang lebih rendah daripada minyak lain, kadar lemak yang mudah diubah menjadi tenaga dan tidak menyebabkan pengumpulan lemak pada jantung dan arteri. Minyak kelapa dara dapat membantu meningkatkan tenaga dan stamina, dan dapat meningkatkan prestasi atlit.

Ia sesuai diambil oleh semua peringkat umur samada mereka yang sihat atau mereka yamg mengalami masalah kesihatan, termasuk :

 Mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

 Mereka yang ingin mengekalkan kesihatan.

 Kanak-kanak berumur 6 bulan keatas.

 Ibu Mengandung.

 Ibu yang sedang menyusukan anak.

 Warga Emas

 Semua peringkat umur.

SELAMAT DATANG 2015

SELAMAT DATANG 2015

Syukur Alhamdullillah kepada Allah.

Tahun baru sudah hampir 10 hari.  Satu permulaan tahun yang baik, semoga hari-hari seterusnya akan membawa kejayaan yang berterusan.

Amin.